Anda di sini : Laman Utama
Galeri Gambar
Trafik Pengguna
Pengunjung Sedang Online
Jumlah Singgah Pengunjung
Lokasi Pengunjung
Harian
Mingguan
Bulanan
Tahunan
: 20 Pengunjung
: 140 Pengunjung
: 560 Pengunjung
: 6701 Pengunjung
Undian Testimonials
Sangat Baik
Baik
Kurang Baik
Perlu Diperbaiki
Apakah Pendapat anda tentang laman web ini ?
Paparan dalam sistem ini paling sempurna dengan menggunakan Mozilla Firefox ke atas dan resolusi skrin 1280 x 900
Disediakan oleh : Mohamad Hairy bin Zolkefle , Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Renggam,Km 72,Jalan Johor,86200 Simpang Renggam,Kluang,Johor Darul Takzim
I Kod Sekolah : JEA 2037 I No.Telefon : 07-7558012 I
Budaya di Malaysia
Malaysia  ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Melayu merupakan kaum terbesar dengan membentuk 54% daripada populasi Malaysia. Melayu adalah satu kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang penting dalam arena politik di Malaysia. Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat semenanjung.India pula membentuk 7.5% daripada populasi dan bertutur dalam bahasa Tamil, Malayalam, dan Hindi. Selain itu, terdapat juga kaum Sikh, Serani atau Eurasian dan kaum bumiputera lain.

Kaum Bumiputera yang terbesar di Sarawak ialah Iban dengan 600,000 orang. Mereka tinggal di rumah panjang, dan menetap di sepanjang Sungai Rajang dan Sungai Lupar. Orang Bidayuh pula seramai 170,000 oarng tinggal di barat daya Sarawak. Orang Asli (140,000) tinggal di Semenanjung Malaysia. Dahulunya mereka merupakan pengumpul hasil hutan, hidup berpindah-randah, dan bercucuk tanam, tetapi kini sudah diserap ke dalam kehidupan moden Malaysia. Walaubagaimanapun, mereka kekal sebagai kumpulan etnik yang mempunyai pendapatan terendah berbanding kumpulan etnik yang lain. Kemungkinannya ini disebabkan sistem ekonomi mereka yang tidak bergantung kepada wang tunai.

Muzik Malaysia merangkumi muzik tradisional dan kontemporari yang dimainkan oleh rakyat Malaysia. Muzik tradisional banyak dipengaruhi oleh budaya Cina, Islam, India dan Indonesia. Kebanyakan alat muzik terdiri daripada gendang, seruling, gong dan sebagainya. Negara ini mempunyai tradisi yang kuat dalam tarian, sesetengahnya berasal daripada Thai, India, dan Portugis. Selain itu, ada juga wayang kulit, silat, dan barangan kraf seperti batik, sulaman, dan barangan perak dan tembaga.
Agama di Malaysia
Islam  adalah agama rasmi Malaysia. Menurut kepada rajah banci 2000, kira-kira 60.4 peratus daripada populasi Malaysia mengamalkan Islam; 19 peratus agama Buddha; 9 peratus Kristian; 6 peratus Hinduisme; dan 3 peratus Konfusianisme, Taoisme, dan agama tradisional Cina lain. Yang selebihnya menganut kepercayaan lain, termasuk animisme, Sikhisme, dan Baha'i.

Islam  adalah agama rasmi Malaysia. Menurut kepada rajah banci 2000, kira-kira 60.4 peratus daripada populasi Malaysia mengamalkan Islam 19 peratus agama Buddha 9 peratus Kristian 6 peratus Hinduisme dan 3 peratus Konfusianisme, Taoisme, dan agama tradisional Cina lain. Yang selebihnya menganut kepercayaan lain, termasuk animisme, Sikhisme, dan Baha'i.Ajaran Shafi'i  yang merupakan salah satu cabang kepada Sunni, merupakan mazhab yang utama di Malaysia.Sejarah perkembangan islam di kalangan orang melayu ialah pada tahun 1303, Sultan Muzaffar Shah I (abad ke-12) dari Kedah memeluk Islam dan menjadi raja mlayu pertama yang diketahui untuk berbuat demikian. Bagaimanapun, adalah pemelukan Islam oleh Sultan Megat Iskandar Shah, sebelum itu dikenali sebagai Parameswara, yang merupakan peristiwa penting dalam pemelukan Islam oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Baginda telah memeluk Islam selepas perkahwinannya dengan seorang puteri dari Pasai.Islam sudah begitu sebahagian daripada identiti Melayu sehingga adat istiadat Islam telahpun diasimilasikan dengan budaya Melayu.