Anda di sini : Sambutan Hari Guru
Galeri Gambar
Trafik Pengguna
Pengunjung Sedang Online
Jumlah Singgah Pengunjung
Lokasi Pengunjung
Harian
Mingguan
Bulanan
Tahunan
: 20 Pengunjung
: 140 Pengunjung
: 560 Pengunjung
: 6701 Pengunjung
Undian Testimonials
Apakah Pendapat anda tentang laman web ini ?
Paparan dalam sistem ini paling sempurna dengan menggunakan Mozilla Firefox ke atas dan resolusi skrin 1280 x 900
Disediakan oleh : Mohamad Hairy bin Zolkefle , Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Renggam,Km 72,Jalan Johor,86200 Simpang Renggam,Kluang,Johor Darul Takzim
I Kod Sekolah : JEA 2037 I No.Telefon : 07-7558012 I
Sambutan Hari Guru
Pada tahun ini sekali lagi kita berpeluang meraikan Sambutan Hari Guru di negara ini. Dalam kesempatan ni, kami mengambil peluang mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik, tidak kira di mana juga bertugas. Tiada apa yang mampu diberikan melainkan ucapan jutaan terima kasih di atas didikan kalian.
Pengenalan Hari Guru
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
Objektif Hari Guru Malaysia
1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan
dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
2. Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum
guru dalam masyarakat Malaysia.
3. Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar,
persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan
mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
Ikrar Hari Guru
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.
Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi